Ad + Iz

Karya Dari Eury Athena

APA KATA HEROIN?


"Kau bercakap senang la, Qhuz. Aku yang menanggung ni yang rasa sengsaranya. Aku tak sanggup nak lukakan hati orang. Aku juga tak sangup nak lukakan hati sendiri. Benda-benda berkaitan hati dan perasaan ni bukannya boleh ditentukan dengan teori buku. Ia rumit, abstrak, di luar kemampuan…."

APA KATA HERO?



"Adry, kenapa bukan aku? Kenapa Farriel yang berhati batu tu yang jadi suami kau?" keluhnya.

Ad + Iz - Bab 19

Bab 19

HONDA CITY biru metalik terus meluncur laju di atas jalan. Membelah kegelapan malam. Lagu-lagu di radio sekadar menjadi penyumbang suara supaya sunyi tidak merajai suasana. Celoteh penyampai radio langsung tak dihiraukan. Fikirannya bercelaru. Berserabut. Berselirat dengan segala macam masalah. Dia tak tahu yang mana satu patut didahulukan, diabaikan atau dilupakan terus. Sungguh dia tak tahu!

"I benci you, Farriel! Sampai hati you buat I macam ni! I malu! I beria-ia buat preparation untuk majlis pertunangan dan perkahwinan kita tapi you… you hancurkan segala-galanya dalam sekelip mata! I takkan maafkan you, Tengku Farriel Izumi! Even you, on your bended knee, I will never forgive you. I hate you!!!!"

Farriel pejam mata. Masih terbayang wajah sedih bercampur-baur dengan kebencian milik Marina. Dalam diam, Farriel mula menimbang-nimbang tindakannya, dosa pahalanya. Ya Allah, apa aku dah buat? Berdosanya aku kerana melukai insan-insan di sekelilingku….


Ad sudah terlena akibat keletihan. Dengan bekas air mata yang masih bersisa di pipi, dengan maskara yang comot di serata wajahnya, dengan layah, tudung dan tiara yang senget di kepalanya, Ad dah lena dibawa ke alam mimpi. Muka Ad kelihatan tenang. Cuma sesekali dia bersuara, mengigau di dalam tidurnya. Dan riak wajah Ad kemudiannya akan berubah menjadi sedih.

"Iz… Iz… jangan tinggalkan aku…."

Berdetak hatinya mendengar. Akalnya gagal berfungsi ketika ini. Apa yang dilakukannya kini semata-mata kerana menurut kata hati. Yang mana yang salah, yang mana yang betul, dia sendiri sudah tidak pasti lagi. Sungguh, dia buntu saat ini.

"Pernah ke kau dengar isi hati Adry? Or at least, baca tingkah lakunya. Betul ke dia tak suka pada kau? Atau kau buat andaian sendiri? Jangan bertindak melulu. Dalam dunia ni, ada benda yang kita tak payah cakap tapi orang boleh tahu dan faham. Dan ada benda yang kita kena cakap supaya orang boleh tahu dan faham…."

Suara Qhuz bergema di telinga. Berulang tayang dalam kotak fikirannya.

"Kau bercakap senang la, Qhuz. Aku yang menanggung ni yang rasa sengsaranya. Aku tak sanggup nak lukakan hati orang. Aku juga tak sangup nak lukakan hati sendiri. Benda-benda berkaitan hati dan perasaan ni bukannya boleh ditentukan dengan teori buku. Ia rumit, abstrak, di luar kemampuan…."

Cermin tingkap diturunkan. Gadis itu tersenyum lalu dihulurkan tiket tol.

"Cik, kat mana saya boleh jumpa simpang susur keluar ke Kuala Lumpur?" Tanyanya.

0 comments:

Post a Comment