Ad + Iz

Karya Dari Eury Athena

APA KATA HEROIN?


"Kau bercakap senang la, Qhuz. Aku yang menanggung ni yang rasa sengsaranya. Aku tak sanggup nak lukakan hati orang. Aku juga tak sangup nak lukakan hati sendiri. Benda-benda berkaitan hati dan perasaan ni bukannya boleh ditentukan dengan teori buku. Ia rumit, abstrak, di luar kemampuan…."

APA KATA HERO?



"Adry, kenapa bukan aku? Kenapa Farriel yang berhati batu tu yang jadi suami kau?" keluhnya.

Ad + Iz - Bab 4

BAB 4

SEMUA yang berada di dalam bilik berdiam diri, memerhatikan Doktor Talhah dan pembantunya.

"Bagaimana keadaan dia, doktor?" soal Nenda Nerrisa sebaik sahaja Doktor Talhah selesai menjalankan tugasnya.

"Selain dari demam biasa, dia okey. Cuma tekanan darah agak tinggi sikit. Mungkin disebabkan kurang rehat dan pemakanan yang tak teratur," terang Doktor Talhah.

"Alhamdulillah…." Nenda Nerrisa mengucap syukur.

"I have told you, nenda. She’s okay. Doktor kat klinik tadi dah check. Adry sihat…" ujar Ihsan.

"Nenda cuma nakkan kepastian aje. Takut doktor tu check sambil lewa!" Nenda Nerrisa menegakkan pendiriannya.

"Jangan risau, puan. Puan Adrianna okey. Dia cuma perlukan rehat. Tapi puan, maaf kalau saya bertanya ye… boleh saya tau kenapa dahi Puan Adrianna lebam?"
Nenda Nerrisa dan Tengku Khalidah berpandangan sesama sendiri. Kemudian mereka melempar pandang pada Farriel pula.

Ihsan cuma diam di sudut bilik.

"Aril rasa dia terlanggar pintu bilik air pagi tadi. She’s a little bit clumsy and careless, sometimes…" jawab Farriel. Tiada keyakinan dalam nada suaranya kerana jawapannya rekaan semata-mata.

"Ooo… kalau begitu tak apa la. Saya balik dulu. Jangan lupa bagi dia makan vitamin dan ubat tepat pada waktunya," pesan Doktor Talhah sebelum beredar.
Nenda Nerrisa dan Tengku Khalidah mengiringi Doktor Talhah dan pembantunya ke bawah.

Ihsan yang ingin berlalu, segera ditahan oleh Farriel. Mata mereka bertentangan.

"Macam mana Ad boleh ada dengan kau?" soal Farriel garang.

"Macam mana pulak kau jaga bini? Baru sehari kahwin dah lebam dan pengsan... it’s so not you!"

"She’s a little bit tense and exhausted, lately. Lebam kat dahi tu pun sebab dia yang cuai!" Farriel mencari alasan lagi.

Ihsan senyum meleret. Adry terbaring di atas katil dipandangnya lama. "Aku tak tau apa yang jadi antara korang berdua tapi…."

Ihsan berjalan mendekati Farriel. Ditepuknya bahu Farriel beberapa kali.

"Lepaskan Adry. She’s too naïve. Adry tak mungkin dapat menyamar jadi Marina Irriani, kekasih kau tu," sambungnya.
Dan Ihsan berlalu meninggalkan bilik itu, meninggalkan Farriel yang terpaku di situ.



HUJUNG kaki terasa dikuis-kuis. Semakin lama semakin kuat. Apa benda pulak ni? Kepala terasa berat. Ubun-ubun kepala aku picit perlahan. Kakiku dikuis lagi. Aku tendang ‘benda’ tu. Sibuk aje kacau orang tidur! Pergi main jauh-jauh!

"Adoi!"

Terdengar jeritan dari hujung kaki. Rasa macam kenal aje suara tu. Bukan ke suara…. Biji mata aku buka luas-luas.
Farriel yang duduk berlunjur di sofa, menggosok-gosok kakinya.

"Betul ke kau sakit ni? Tulang besi apa kaki kau tu," omelnya.

Aku bingkas duduk. Memandang sekeliling. Cuba mengingati apa yang terjadi. Benda last yang aku ingat; pergi butik, jumpa Kak Timah, Chot, Imah, Nini, Sabariah. Lepas tu macam dengar suara cemas Ihsan. Doktor, jururawat… eh, dari mana pulak doktor dan jururawat tu datang? Macam mana pulak aku boleh terbaring kat bilik ni? Aku garu kepala. Eh… tudung aku mana?

"Kau pengsan kat butik petang tadi. Kau tak ingat ke?" terang Farriel.

Pengsan? Aku geleng kepala. "Tengku Ihsan?"

Terpacul nama itu dari mulutku. Aku cuma mahu kepastian sebab aku macam dengar suara dia dalam fikiran aku yang tengah ‘blur’ masa tu.

"Oh… part Ihsan tu, kau ingat pulak?" soal Farriel jengkel.

"Aku tak berapa ingat. Tapi… dia ada ke masa aku pengsan?"

"Kawan kau kat butik telefon Ihsan bila kau pengsan. Pelik! Sejak bila pulak kau rapat dengan Ihsan? Yang paling penting, macam mana Ihsan boleh tau pasal Marina? Kau bocorkan rahsia, ek!" tuduh Farriel.

"Bila masa pulak aku bocorkan rahsia? Ihsan memang dah tau tentang semuanya!" jawabku.

"Dah tau? Semuanya? Macam mana?" soal Farriel bertalu-talu dengan nada pelik.

"Ihsan nampak kau kejar Marina kat KLIA. Kebetulan flight dia baru tiba dari New York. Masa kau tengah busy kejar Marina tu la kau langgar aku. Aku pulak terlanggar Si Ihsan. Kat situ la kami kenal. Dan secara tak langsung Ihsan tau yang aku bukan awek kau. Ada faham?" terangku. Ada rasa geram dalam hati.

Farriel tanggalkan cermin mata. Batang hidung digosok-gosoknya. Seperti sedang berfikir. Mungkin tengah menyusun jalan cerita yang berlaku antara kami bertiga. Lama dia terdiam sebelum bersuara kembali. "Aku tak nak kau rapat dengan Ihsan lagi. Bercakap dengan dia pun jangan! Kau tu mulut tempayan! Nanti entah apa-apa lagi yang kau cerita kat dia!"

Farriel memberi amaran keras. Muka dia serius aje.

Yek yek… tak takut pun! Eleh, dia sendiri yang tak pandai simpan rahsia, nak salahkan aku pulak!

Satu kotak sederhana besar dicampakkan ke katil. Betul-betul landing kat sebelah aku.

"Apa ni?" soalku.

"Peti sejuk!" jawabnya selamba.

Yaiks! Takkan peti sejuk sebesar ni? Aku belek kotak hitam tu.

"Handphone la. Takkan lepas kena dukung dengan Ihsan, kau dah tak kenal rupa handphone lagi?" selar Farriel.

Kelat muka aku. Masa bila pulak aku kena dukung dengan Ihsan ni? Apa kes sindir-menyindir aje ni? Takkan terlebih hormon estrogen kut!

"Lepas ni, kalau kau rasa-rasa macam nak pengsan lagi ke, nak tergolek ‘dog’ ke, cepat-cepat roger (call) aku! Jangan nak mengada-ada pengsan depan Ihsan lagi! Unless, kau memang suka Si Ihsan tu dukung kau la.…"

Farriel bangun dari sofa. Mengatur langkah ke pintu bilik.

Aik, emosi pulak mamat ni! Entah bila Ihsan dukung aku entah. Pandai-pandai aje buat cerita dongeng. Kotak handphone depan mata, aku selongkar isinya. Bestnya, dapat handphone tu!



"NENDA!"

Belakang Nenda Nerrisa aku peluk. Nenda Nerrisa yang tengah sibuk menilik orkid di taman mini terkejut. Namun pelukanku tetap dibalasnya dengan senyuman. Dibawanya tubuhku duduk di kerusi di tepi taman.

"Kenapa Rianna keluar rumah? Panas kat luar ni.Demam Rianna baru aje nak kebah."

"Ala, nenda… demam Adry dah elok la. Adry bosan duduk dalam rumah. Lagipun, dah dua hari Adry berkurung. Asyik makan, minum, tidur. Makan, minum, tidur. Lama-lama gemuk la, Adry."

Nenda Nerrisa ketawa. Tubuhku dibelai-belainya. Sayang benar dia denganku. Tengok macam hari tu, sanggup dia tunggu kat bilik aku semata-mata nak temankan aku makan. Kemudian dibelikan pulak aku buku cerita dan majalah. Takut aku bosan katanya. Nenda Nerrisa buat aku tak kekok untuk tinggal dalam ‘istana’ Tengku Faris alias bapak mertua aku ni.

"Badan keding (kurus) macam Rianna ni mana la boleh gemuk. Lain la badan nenda ni. Macam dipam-pam kalau asyik melepak aje atas katil tu!"

Aku ketawa senang. Rianna… suka benar Nenda Nerrisa memanggil aku dengan nama tu. Tak tau kenapa dia tak nak panggil aku Adry. Tak pun panggil Ad, macam Si Farriel tu selalu buat.

Aku cuit cookies dalam piring. Ngap! Terus masuk mulut. Hmmm… sedap!

Tiba-tiba Nenda Nerrisa menggenggam jariku. Erat. Tercengang aku sekejap. Kenapa pulak ni?

"Terima kasih, Rianna… terima kasih banyak-banyak," katanya sayu.

Mata Nenda Nerrisa aku pandang. Ada air mata yang mula bertakung di birai matanya. "Ish, kenapa nenda cakap macam tu? Terima kasih untuk apa?"

"Sebab sudi berkahwin dengan Aril. Nenda sangat menghargai pengorbanan Rianna."

"Hah? Tak ada apa-apa la, nenda. Small matter aje tu. Lagipun, Adry kan memang ‘cinta’kan Farriel."

Sengaja aku tekankan perkataan cinta tu. Berlakon biar real.

Nenda Nerrisa merenung jauh. "Aril tu nampak aje macam tu. Tapi hakikatnya hidup dia penuh dengan kesedihan."

Aku diam mendengar Nenda Nerrisa bercerita.

"Mama dan papa mertua kamu tu selalu sangat outstation ke luar negara. Kejar harta dunia. Abaikan tanggungjawab pada anak-anak, terutamanya Aril. Pada nenda la Aril menumpang kasih. Bila dah besar macam ni, perangai anak-anak sendiri pun mereka tak faham. Taunya mengatur hidup budak-budak tu. Kamu sendiri nampak kan macam mana hubungan mereka anak-beranak?"

Walaupun tak berapa jelas dengan apa yang diperkatakan oleh Nenda Nerrisa, aku tetap menganggukkan kepala. Patut la Farriel macam ‘dingin’ aje dengan mama dia. Dengan papa dia pun ala kadar aje bercakap. Itu pun terhad pada hal-hal berkaitan kerja.

"Bila Ann pergi, bertambah sunyi hidup Si Aril tu. Nenda tak pernah tengok Aril senyum apatah lagi ketawa semenjak hari tu. Sampai la kelmarin…."

"Macam mana dia boleh ketawa kelmarin?" soalku kurang sabar. Mimpi apa mamat tu sampai tiba-tiba berubah sikap. Ann tu siapa pulak?

"Rianna muntah kat baju Ihsan masa Ihsan cuba suapkan Rianna makan. Itu yang dia rasa lawak sangat tu. Rianna tak ingat, ek?"

Aku pantas geleng kepala. Tapi aku ingat Ihsan ada datang menjenguk aku. Farriel kata Ihsan dukung aku balik ke rumah. Nenda kata aku muntah kat Ihsan. Aik, kenapa aku tak ingat satu apa pun? Dahsyat jugak penangan demam aku kali ni. Siap amnesia lagi. Hu hu hu… elok jugak tak ingat. Kalau tak, mesti tebal muka tiga inci bila jumpa Ihsan lagi nanti.

"Nenda harap sangat kehadiran Rianna ni akan menceriakan kembali hidup Aril. Dia dah puas menderita. Biar la dia hidup bahagia lepas ni. Rianna, janji dengan nenda. Janji yang kamu akan bahagiakan Aril…."

Mata Nenda Nerrisa bersinar-sinar, penuh pengharapan. Aku jadi serba salah. Kalau la nenda tau yang aku ni kahwin kontrak aje dengan Farriel…. Perkahwinan kami akan berakhir sebaik sahaja Marina kembali ke sisi Farriel atau sekiranya aku sudah mempunyai pilihan hati. Mana-mana yang terdahulu antara dua perkara itu.

Laungan Hana mengajak aku dan nenda makan mematikan perbualan kami. Aku mengucap syukur kerana dapat lari dari situasi ‘tersepit’ itu. Nenda segera kupapah sehingga ke meja makan. Lawak jenaka Hana menghiasi perbualan kami sepanjang makan tengah hari berlangsung.

0 comments:

Post a Comment