Ad + Iz

Karya Dari Eury Athena

APA KATA HEROIN?


"Kau bercakap senang la, Qhuz. Aku yang menanggung ni yang rasa sengsaranya. Aku tak sanggup nak lukakan hati orang. Aku juga tak sangup nak lukakan hati sendiri. Benda-benda berkaitan hati dan perasaan ni bukannya boleh ditentukan dengan teori buku. Ia rumit, abstrak, di luar kemampuan…."

APA KATA HERO?



"Adry, kenapa bukan aku? Kenapa Farriel yang berhati batu tu yang jadi suami kau?" keluhnya.

Ad + Iz - Bab 14

BAB 14

"MAKAN!"

"Tak nak!"

"Makan!"

"Tak nak!"

"Makan! Makan! Makan!"

"Tak nak! Tak nak! Tak nak!"

Farriel yang duduk di birai katil buat muka give-up. Dengan muka masam, mangkuk bubur diletakkan kembali di atas meja di tepi katilku.
"Sakit-sakit pun keras kepala!" Farriel merengus.

Aku pandang Farriel dengan rasa sebal. Entah apa mimpi mamat ni malam tadi. Tiba-tiba aje ‘mencemar duli’ masuk bilik aku pepagi buta menghantar breakfast. Tadi dah dipaksanya aku telan Panadol. Puas bertekak, last-last, dia suruh aku makan Panadol Soluble yang dah larut dalam air aje. Nasib… uh! I hate pills!

Masa demam kat rumah papa Farriel hari tu, nenda yang in charge bagi aku makan ubat. Dek kerana hormat dan segan, terpaksa la aku makan. Kalau orang lain, memang aku bagi sejuta alasan untuk tak telan pil putih tu.

"Bubur yang kau buat tak sedap. Tawar!" komenku.

Muncung di mulut automatik ke depan. Kenapa tiba-tiba macam nak manja-manja dengan Si Farriel ni? Spastic? Ke kepala aku ni dah mereng sebab demam?

"Okey aje aku rasa tadi! Lidah kau cacat kut! Tak pun deria rasa kau dah mati!" perli Farriel.

Dia yang dah lengkap berpakaian sut ke pejabat, melipat lengan baju hingga ke paras siku.

Bibirku tersungging ke atas. Lidah sendiri cacat, kutuk lidah orang pulak!

"Lagipun, mana ada orang sakit dapat makan sedap-sedap. Cuba tengok kat hospital tu, tawar aje makanan yang disediakan. Bla bla bla.…"

Membebel pulak dia ni! "Kut ye aku sakit pun, tak payah la masak bubur yang ‘20% lagi nak jadi nasi’ tu! Kata pandai masak. Pengakap konon… hampeh! Aku agak, budak-budak yang makan mesti sak…"

Kata-kataku mati di situ bila Farriel letak jari telunjuknya di bibirku. Mata kami bertentangan. Tajam renungannya. Dia marah aku kutuk dia ke?

Dan jantungku rasa macam nak terjun ke perut bila Farriel mula merapatkan jarak tubuh kami. Perfume yang dipakainya menusuk ke hidung. Entah kenapa, berdebar-debar pulak rasa jantung. Kalau dulu, aku cukup benci dengan bau minyak wanginya yang aku tak tahu apa jenamanya tu. Tapi sekarang, hidung aku dah mula dapat terima kehadiran ‘bau’ itu. Baunya yang agak kuat tapi mengasyikkan dan penuh kelakian. Errr… over sangat ke cara aku describe bau minyak wangi tu? Pokoknya, minyak wangi ni memang sesuai dengan si pemakainya. Keras tapi sebenarnya lembut. Apa aku melalut ni?!

Zup!

Mulutku disumbat dengan sesuatu. Terkejut aku. Termometer!

Farriel hulur senyum segaris. Matanya berkata ‘padan muka!’. Lepas beberapa saat, alat penyukat suhu itu dikeluarkan dari mulutku. Bacaan suhu diambil.

"Hmmm… 37.8 darjah Celcius. Memandangkan kau masih dalam kategori tak sihat, maka aku takkan ambik hati dengan kata-kata kau tadi. Aku akan anggap macam angin lalu aje!"

Uweks! Aku dah rasa terlebih dari sihat dah ni. Nak ajak main kejar-kejar polis-pencuri pun boleh!

Farriel bangun. Lengan baju diperbetulkan. Briefcase di tepi katilku diambil. Sudah bersedia untuk ke pejabat. Setapak dua dia melangkah ke pintu bilik, dia berhenti. Menoleh ke arahku. "Ad, kau tak suka makan ubat, kau tak suka makan masakan aku. So, next time, try not to get sick again, okay!"

Mendatar aje tone suaranya. Farriel melangkah keluar.

Beberapa minit kemudian, aku terdengar kereta Fariel menderu pergi.

"Try not to get sick again."

Bukan aku yang saja-saja nak jatuh sakit. Lagipun, aku jatuh sakit sebab kau!

Selimut kutarik sehingga menutupi keseluruhan tubuh. Tidur lagi baik!



"AMBOI! Adry… sejak jadi mahasiswa ni, akak nampak kau bertambah-tambah cantik. Dah pandai bergaya. Buang dah kasut sports. Jeans, t-shirt hilang dah. Tudung pun ikut fesyen sekarang…" kata Kak Timah.

Ibu anak tiga ni memang suka mengusik aku. Marah aku pun rajin juga. Tapi aku berhutang budi dengan Kak Timah. Kalau dia tak rekomenkan aku, memang aku tak dapat kerja kat butik Puan Karen ni. Malah dia siap offer diri bagi tunjuk ajar kat aku selok-belok kerja kat sini.

"Betul la! Untung kau dapat kahwin dengan orang kaya. Tak sangka, diam-diam kau bercinta dengan anak tengku! Pandai kau simpan rahsia, ek?" Si Chot pulak mencelah.

Imah, Nini, Sabariah yang mulut penuh dengan makanan, setia jadi burung belatuk. Mengangguk aje dengan apa yang dikatakan dek Kak Timah dan Chot.
Sengaja aku pilih untuk datang masa lunch break. Tak adalah dijeling dek Puan Karen. Bebas sikit nak borak dengan diorang sambil dan menyerahkan kad jemputan ke majlis resepsi perkahwinanku di hotel.

"Tak adalah. Saya masih Adry yang dulu. Ni semua, harta dunia aje. Bila-bila boleh kena tarik dengan Allah," balasku dengan rasa rendah diri.

Pakaian dan barang-barang yang aku pakai semuanya Farriel yang sponsor. Baju-baju dan barang yang aku ada, semua dah masuk ‘muzium’. Tak sesuai dipakai, tak kena dengan gaya hidup watak yang aku lakonkan, kata Farriel. Aku turutkan aje walaupun hati sedikit memberontak.

"Laki kau tak datang sekali ke?" Imah buka mulut.

"Yelah… laki kau tak datang sekali ke? Aku teringin juga nak tengok muka laki kau tu!" Nini pulak menyampuk. Peha ayam digigitnya rakus.

Yang lain-lain pun nampak khusyuk aje menghadap ketulan ayam. Lapar benar agaknya.

Bila nampak aku bawa satu bucket ayam KFC tadi, melompat menjerit diorang kesukaan.

"Dia sibuk. Kalau tunggu dia, entah bila la saya dapat lepas datang ke sini," jawabku perlahan. Sibuk? Entah-entah sibuk dengan Marina dia tu.
Sabarina siku Nini.

"Apa la kau ni, Nini? Laki Si Adry nikan businessman. Setiap saat tu duit, kau tau tak? Dia bukan macam kita. Ada masa lepak-lepak macam ni," selarnya.

"Yelah, yelah.…"

"Sudah! Depan rezeki tak baik bergaduh. Lari rezeki nanti!"

Teguran Kak Timah meleraikan ‘perang mulut’ mereka.

Aku tersenyum. Rindu dengan suasana sebegini. Bergaduh, bergurau, berbual-bual kosong….

"Oh, ya Adry…!"

Pandangan aku lempar pada Chot yang bersuara.

"Hari tu, adik kau Si Zalika datang sini. Cari kau," adu Chot.

"Ye ke?"

Terkejut aku mendengar kata-kata Chot. Serasanya, aku tak pernah bagi alamat butik ni pada sesiapa di kalangan keluargaku. Takut diorang buat kacau.

"Aku cakap la kau dah berhenti kerja. Terkejut siamang dia. Dia minta aku nombor telefon atau alamat rumah kau. Malas aku nak bagi!" sambung Chot lagi.

"Kenapa?"

"Kau tau aje la mulut adik tiri kau tu. Pedih aje telinga aku dengar. Kalau adik aku, dah lama aku sental mulut dia dengan cili api. Tak tahu langsung nak hormat orang. Geram aku!" Chot mengetap gigi, kemarahan.

"Elok la kau tak bagi tu, Chot! Lain kali, kalau dia datang sini lagi cari Adry, katakan aje kau tak tau macam mana nak contact Si Adry ni! Tu tak ada kerja lain nak menyusahkan Adry la tu! Meluat betul aku dengan perangai keluarga tiri kau tu, Adry," luah Kak Timah.

Aku diam. Tak menyokong, tak juga membantah kata-kata Kak Timah. Memang ada kebenarannya. Sampai bila aku nak sara keluarga tiri aku tu?

Zalika, Bakhtiar… dua-dua dah besar. Dah tak minat nak belajar. So, boleh la cari duit sendiri, sara mak bapak. Takkan nak harap aku tanggung makan minum diorang lagi.

Mak Cik Midah pun satu. Apa yang anak-anak dia buat, semuanya nampak betul aje kat mata. Cuba aku. Semuanya salah.

Hai… kenapa la agaknya Zalika cari aku? Pak Cik Bakar main judi lagi ke? Kali ni dengan Ah Long mana pulak dia pinjam duit? Baru bulan lepas aku ‘settle’kan hutang Pak Cik Bakar.

"Helo! Ada orang tak?"

Jeritan datang dari ruang depan butik membuatkan kami terdiam.

Imah tampar bahu Chot.

"Kau tak letak tanda ‘rehat’ ke kat pintu depan?" soalnya marah.

"Letak la!" balas Chot.

"Habis tu, pompuan tu main redah masuk aje apesal? Tak tau ke kita tengah break!" rungut Imah.

"Tu dah confirm-confirm jenis tak reti membaca! Nak makan pun tak senang. Halau karang, macam tolak rezeki pulak. Ei!" bebel Sabarina. Nak tak nak, dibawanya tangan ke sinki.

Imah dan Nini yang dah selesai makan turut ke sinki, membasuh tangan sebelum ke depan. Melayani tetamu yang tak diundang itu.

"I nak tengok fesyen baju pengantin yang the latest yang butik you ni ada! Berapa pun harganya, I don’t care!" perintah pelanggan wanita itu jelas kedengaran sehingga ke bilik pantri.

Memang jenis pelanggan yang aku tak suka!

"Dah la tu! Dah lima butik kita masuk. I letih la. Lapar! You tak lapar ke? Kenyang makan baju-baju ni semua?"

Kedengaran suara pasangannya pula.

"Farriel sayang… I nak kelihatan cantik masa majlis perkahwinan kita nanti. So, I perlu cari baju yang paling cantik dan sesuai untuk I dari sekarang. Kalau tak ada, I nak cari kat US pulak," kata pompuan tu.

"Suka hati you la!"

Farriel? Farriel Izumi ke? Dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, kepala aku jengukkan ke ruang depan, di ruang pameran. Kelihatan seorang pompuan sedang mengacukan pakaian pengantin ke badannya. Di sisinya, kelihatan seorang lelaki yang aku memang hafal susuk tubuhnya walaupun ketika itu dia membelakangkanku. Farriel dan Marina… diorang... diorang nak kahwin dalam masa terdekat ni ke? Tubir mata terasa basah serta-merta.

"Adry."

Bahuku ditepuk perlahan. Aku berpaling. Muka Kak Timah yang blur aku pandang kosong.

"Kenapa ni" soalnya. Pelik.

"Saya minta diri dulu, kak!"

Tas tangan aku ambil. Kak Timah dan Chot pantas aku salami. Tak sanggup rasanya untuk terus berada di bawah bumbung yang sama dengan Marina dan Farriel.

"Aik, kata nak lepak sini sampai petang?" kata Chot, sedikit keliru.

"Aaa… lain kali la. Saya baru teringat yang saya ada kerja sikit nak dibuat. Pintu belakang tak kunci kan, kak?"

"Tak!" Jawab Kak Timah dengan dua kening hampir bertaut.

Dan aku terus keluar dari butik itu. Berjalan menyusuri satu per satu bangunan kedai yang ada di situ. Berjalan dan terus berjalan walaupun hujan rintik-rintik sudah bertukar menjadi semakin lebat. Aku sendiri tak tahu nak ke mana. Tapi aku tahu aku perlu berada jauh dari butik Puan Karen kerana di situ, aku terasa seolah-olah tubuhku lemah tak bermaya. Seperti seluruh kudrat tenagaku sudah disedut keluar. Esoknya, badan aku terasa seram sejuk dan pitam kat kampus.



MARINA setia menanti panggilannya disambut oleh orang di hujung talian.

"Helo!"

"Helo! Auntie Mary! Marina ni!" sapanya girang. Lamaran Farriel benar-benar membuatkan harinya ceria kebelakangan ini.

"Ooo… Marina! So, how are you? How’s Malaysia? Good?"

Suara Auntie Mary begitu jelas di telinga Marina walhal dia berada di US.

"I’m fine. Malaysia still peace and beautiful as usual. Auntie, I’ve got good news for you!" jerit Marina girang. Marina rapat dengan Auntie Marynya berbanding dengan adik-beradik arwah ibunya yang lain.

"What? Tell me! Tell me!" pinta Auntie Mary teruja.

"Somebody has proposed me! And I’m getting married in a few months!"

"Oh my God! Betul ke ni? Dengan siapa?"

"Farriel!"

"That… Farriel? I thought you’re not serious with him since he’s fat, naïve?" soal Auntie Mary lambat-lambat.

"But not now. Dia dah kurus la, auntie... I think I love his style now. More confident and gentleman! Tak la malu nak ke majlis ke mana-mana lagi. Kenapa? Auntie macam tak suka aje?" Marina sudah mula terasa hati dengan reaksi auntienya.

"Auntie bukan tak suka. But we are talking about marrying someone for the rest of your life. Kamu kena pilih betul-betul," nasihat Auntie Mary.

"Wait! Which part make you upset, auntie? Part I am getting married ke part I nak kahwin dengan Farriel?" soal Marina bengang.

"Both!"

"Why?"

"First, you’re not ready for marriage. You hate commitment, remember? Second, Farriel as your future husband? Are you serious?" Auntie Mary tertawa kecil di hujung talian.

"Okey! Sekarang I dah ready nak bagi komitmen pada perkahwinan, auntie. Yeah, I know perkahwinan mama papa tak bahagia tapi itu tak bermakna yang I pun akan gagal dalam perkahwinan, kan? Lagipun, I pilih Farriel. Farriel is the most perfect guy I ever met!" terang Marina bersungguh-sungguh.

"Auntie gembira kalau kamu dah mula berfikiran positif terhadap perkahwinan. But still, I don’t think Farriel suits you, darling…."

"Why not, auntie?"

"Coz both of you have a different social life, different principle about life… I don’t know! Both of you are just different! Auntie tak rasa kamu boleh adapt dengan Farriel’s ways of life, and so does Farriel. Farriel bukan macam Adam, bukan macam Saiful, bukan macam Matt. Mereka tu dah lebih ‘orang putih’ dari mat salih..." luah Auntie Mary.

"Are you saying that you won’t…"

"No, Marina! Itu cuma pendapat auntie aje. Apa pun, auntie tetap akan sokong apa sahaja tindakan kamu. Termasuk la tindakan kamu menerima lamaran Farriel!"

"Great! I love you so much auntie! So, auntie akan tolong Marina buat preparation?"

"Of course, darling!"

"Thank you, auntie! I betul-betul perlukan bantuan auntie. Coz I never have experience… Of course I don’t have any experience! This is my first and last wedding!" teriak Marina gembira.

"By the way, Ryan datang sini dua tiga hari lepas. Dia cari kamu!"

"Ooo…."

Mood Marina berubah mendengar nama itu.

"Jumpa la dia. Tak pun, call dia. Rasanya dia ada banyak perkara nak cakap pada kamu."

"But I don’t have any! Cakap pasal Ryan buat Marina hilang mood la. Okey la, auntie. Lain kali Marina call lagi. Bye!"

"Bye, darling! Take care…."

Talian diputuskan. Gagang telefon dicampak ke sofa. Marina membuang pandang ke luar. Melepasi balkoni apartmennya.

Ryan… nama itu kembali segar di ingatannya.

0 comments:

Post a Comment