Ad + Iz

Karya Dari Eury Athena

APA KATA HEROIN?


"Kau bercakap senang la, Qhuz. Aku yang menanggung ni yang rasa sengsaranya. Aku tak sanggup nak lukakan hati orang. Aku juga tak sangup nak lukakan hati sendiri. Benda-benda berkaitan hati dan perasaan ni bukannya boleh ditentukan dengan teori buku. Ia rumit, abstrak, di luar kemampuan…."

APA KATA HERO?



"Adry, kenapa bukan aku? Kenapa Farriel yang berhati batu tu yang jadi suami kau?" keluhnya.

Ad + Iz - Bab 11

BAB 11

HANA balik jugak ke rumah mama dan papanya selepas seminggu di rumah kami. Tu pun lepas aku dan Farriel ‘clorox’ kepala dia. He he he… tak la, pujuk aje! Papa Farriel akhirnya setuju Hana ambik course berkaitan dengan fashion and make-up. Tapi, Hana kena juga ambik course architecture. Aku tak tau la apa akan jadi dengan rekaan bangunan yang bakal dihasilkannya kelak. Mungkin lebih colourful dan artistik?

Tengku Ihsan Nur Qayyum a.k.a Mr. Charity yang memang banyak buat kerja amal (yang peliknya pada aku aje!) dah pun jadi sebahagian daripada keluarga Izumi Corporations. Aku tak pasti apa jawatan yang diberikan padanya. Tapi yang pastinya bukan jadi kuli la. Dan satu lagi yang pasti, dia akan selalu datang ‘melawat’ aku di kampus bila ada kelapangan. Dibuatnya kampus aku tu macam toilet. Hari-hari mesti nak kena ‘lawat’, walaupun sekali.

Aku dah pun dapat cope life sebagai student kolej yang terkejar ke sana-sini dengan kuliah, tutorial, test, assignment. Dengan result semester satu yang cukup-cukup makan, dapat juga aku meneruskan pengajian. Sekarang dah masuk second semester pun.

Aku dan Tengku Farriel Izumi… hmmm… sedar tak sedar, dah enam bulan usia perkahwinan kami. Masih macam dulu tapi much better than zaman sekolah dan masa mula-mula kahwin dulu la.

Semenjak dua menjak ni, hubungan kami dah bertambah baik. Walaupun tak boleh dikatakan berfungsi 100% sebagai suami isteri dari segi peranannya, at least kami dah jadi kawan baik. Even dah boleh duduk rapat dan ketawa sama-sama.

Sebenarnya, Farriel tu tak la teruk sangat macam yang aku sangkakan selama ni. Yang aku paling tak sangka tu, dia sanggup ajar aku memandu setiap hujung minggu. Berkat tunjuk ajar Farriel, sekarang aku dah dapat lesen. Caya la, Iz… ni yang buat aku bertambah sayang ni! Tapi lesen aku masih ‘digantung’ oleh Farriel sebab dia takut aku jahanamkan Honda City dia yang cantik tu. Lagipun aku tak berapa hafal jalan lagi. Kalau setakat area rumah, okey la.

"Kuliah start pukul berapa?" soal Farriel sambil memandu Honda City biru metaliknya.

Aku kerling Farriel yang lengkap berkemeja biru air, necktie biru tua dan berkot. Aku geleng kepala. Farriel ni kalau tak 80km/j ke atas, memang tak sah. Mesti banyak saman speed trap dia ni!

"Kau tak payah la bawa laju-laju. Kuliah aku pukul sembilan la."

Tubuhku terhenyak sedikit ke kanan bila Farriel memotong sebuah treler. Sekarang aku pergi kuliah dah tak naik teksi lagi dah. Semua ni gara-gara aku nyaris nak kena rompak dan cabul dek pemandu teksi dua minggu lepas. Nasib baik aku pernah belajar tae kwan do. Aku praktikkan kat orang tua tak sedar diri tu. Insya-Allah la, lepas ni pak cik tu akan mandul sampai bila-bila.

"Habis tu, aku tak payah masuk pejabat?" selar Farriel.

Aku tersengih. Lupa pulak!

Mula-mula naik kereta yang Farriel pandu ni memang menakutkan. Tangan aku asyik duduk kat pintu aje. Senang, kalau emergency aku terus terjun keluar aje. Kaki pulak asyik buat gaya nak tekan brek. Apa taknya, peraturan had laju tu dia buat derk aje. Membrek ikut suka. Nak membelok, nak tukar lane kiri kanan pun ikut teragak hati aje. Signal kat kereta dia buat jadi perhiasan aje. Mesti lampu signal dia lambat terbakar, kan?

Dari tadi aku melihat bangunan-bangunan di pinggir jalan, pokok-pokok atau apa sahaja yang berada di bahu jalan. Aku mula bosan. Tiap-tiap hari dihidangkan dengan benda yang sama. Naik hafal apa yang akan kutemui. Dan pagi tu, aku buat sesuatu yang tak pernah aku buat sepanjang enam bulan berkahwin dengan Farriel Izumi; menatap wajahnya dalam keadaan dia sedar. Rambutnya yang lurus, matanya yang agak sepet, hidung yang mancung, bibirnya yang nipis, kulitnya yang cerah.
"Hensem sangat ke aku ni sampai menganga mulut kau tu?" soal Farriel sinis.

Kantoi! Ish! Macam mana dia tau aku pandang dia? Padahal dari tadi dia pandang ke depan aje. Ada psikik ke apa? Aku buat muka cemberut. Apa nak cover ni?

"Nampak ke?" soalku.

"Nampak apa?" soal Farriel kembali.

"Yelah, kau kan rabun? Dah tu bawa kereta tak pakai spek. So, aku tanya. Nampak ke?"

"Nampak aje. Bukan kena tengok spesimen atau amoeba."

Eleh… ni mesti kes tak nak pakai spek sebab takut hilang aura kehenseman ni!

"Tak takut accident?"

"Oi… mulut tu jangan la celopar sangat!"

Ops! Aku tutup mulut dengan tapak tangan. Menyesal dengan kata-kataku tadi.

Kereta diberhentikan.

"Okey, dah sampai," kata Farriel seraya senyum ke arahku. So sweet!

"Thanks."

Pintu kereta kubuka dan kututup semula.

"No sweat! Nanti petang aku jemput kau dalam pukul lima setengah petang, okey? Ke lambat sangat?"

"Takpe. Aku pun ada discussion lepas kelas. So, jumpa petang nanti!"

"Okey!"

Farriel angkat tangan sebelum berlalu pergi.

Aku pun angkat tangan, melambai ke arahnya. Entah dia perasan entahkan tidak. Bawak kereta macam bawa kereta F1. Confuse aku….



PORCH rumah kosong. Kereta Farriel tiada di situ.

Ke mana dia ni? Tadi beria-ria sangat nak jemput.

Dalam pada membebel dalam hati, pintu rumah kubuka jua dengan kunci pendua. Masuk aje rumah, aku terus hempas beg dan buku yang hampir ‘melumpuhkan’ lengan ke atas meja, sebelum menghenyak punggung di sofa. Selendang yang melingkari kepala dan leher turut kubuka. Panas! Mataku jatuh pada handphone yang elok terletak di atas meja. Handphone Farriel. Patut la tak berjawab. Rupanya dia tertinggal handphone kat rumah.

Aku jenguk skrin handphone. 89 missed calls. Mak aih…! Rasanya tak la sebanyak tu aku missed call tadi. Dan seperti mengerti ada orang untuk menyambut panggilan, handphone Farriel berbunyi sekali lagi. Dalam berkira-kira dan meneka-neka dari mana datang panggilan tersebut, panggilan tersebut berubah status menjadi missed call. Beberapa saat kemudian, telefon rumah pula berdering minta diangkat.

"My God, Aril! Where have you been? I’ve been looking for you for the whole evening!"

Lantang kedengaran suara pompuan di hujung talian.

"Helo… assalamualaikum," sapaku teragak-agak.

"Hel… helo. Siapa ni? Orang gaji Farriel ke?"

Cheh! Orang gaji? Amboi, sesedap rasa melabel status orang.

"Aaa…."

"Okay, whoever you are. Please tell your boss, I mean Farriel, to pick me up at the airport right now. I dah berjanggut tunggu dia kat sini."

"Yang minta dijemput ini siapa sih namanya?"

Terus aku berlakon jadi bibik Indon kejap.

"Marina Irriani binti Joseph Abdullah."

Hampir terlepas gagang telefon dari tangan. Panggilan diputuskan. Marina Irriani binti Joseph Abdullah. Nama ini tak mungkin aku lupakan untuk seumur hidupku. Kerana nama ini penting dalam turning point hidupku kini. Nama yang menyatukan aku dengan Farriel. Dan nama ini juga yang akan memisahkan aku dengan Farriel.



FARRIEL tercangak-cangak di balai ketibaan. Lehernya dipanjangkan. Mencari wajah orang yang dirinduinya. Sungguh, dia terkejut membaca email yang dihantar oleh Marina tengah hari tadi. Kebetulan, dia terlupa pula membawa handphone. Tak tentu arah dia menyudahkan kerja-kerjanya sebelum bergegas ke KLIA. Dan ketika itu la dia terlihat susuk tubuh gadis yang dicintainya itu di salah satu bangku di situ.

"Marina!" jeritnya girang.

Wajah Marina yang tadinya dilanda kebosanan, berubah menjadi riang sebaik sahaja terpandang akan Farriel. Luruh kemarahan Marina akibat kelewatan Farriel. Yang ada cuma rasa taajub melihat Farriel. Berkerut wajahnya melihat perubahan Farriel sebelum berjalan menghampirinya.

"Oh my God! Farriel… you look sooo… different! Bertambah handsome and macho!"

Mereka berdakapan.

"I miss you so much!" luah Marina.

"Not as much as I do…." Farriel pula meluah rasa.

Pelukan dileraikan.

"So, are you back for good?" soal Farriel.

"Yes! And I am ready to be Tengku Farriel Izumi’s future wife!"

Farriel tersenyum senang mendengar pengakuan Marina. Bagasi Marina ditariknya. "Come! I’ll send you home."

"Home sweet home…."

Lengan Farriel dipaut mesra oleh Marina.
Mereka berjalan beriringan ke tempat parkir.



BAHU terasa digoyang. Semakin lama semakin kuat.

"Ad… bangun!"

Suara Farriel kedengaran di cuping telingaku. Mata kugosok beberapa kali sebelum kubuka. Anak mata segera kukecilkan bila cahaya terang lampu menerjah masuk. Bila anak mata sudah dapat menyesuaikan dengan keadaan cahaya, barulah jelas susuk tubuh Farriel yang melutut di hadapanku. Aku bingkas bangun. Kebingungan.

"Iz… dah pukul berapa ni?" soalku separuh sedar, sebelum menguap besar.

"Pukul dua pagi. Pergi la masuk bilik. Tidur," arahnya.

Jawapan Farriel tidak mendapat reaksi dari tubuhku. Aku masih termangu-mangu di sofa. Dan menguap lagi sambil cuba menyusun rentetan peristiwa sehingga mendorong aku tidur di sofa. Handphone Farriel… Marina Irriani… "Tadi handphone kau tertinggal."

Handphone yang tadinya elok terletak di meja, aku suakan padanya.

Farriel kelihatan teragak-agak sebelum menyambutnya. "Sorry tak dapat jemput kau kat kampus tadi."

Jadi, dia ingat? Ingatkan aku dah dilupakan terus. Entah mengapa ucapan maafnya kedengaran dingin di telingaku. Mungkin kerana dia seperti tak bersungguh saat mengucapkannya?

"Marina dah balik. Aku jemput dia tadi."

Aku tersenyum. Entah bagaimana rupa senyumanku itu. Yang pasti, aku gagal memberikan senyuman ikhlas kepadanya. "Dia sihat?"

"Hmmm…."

"Kira korang dah berbaik semula la?"

"Hmmm...."

"Dia tau kau dah kahwin?"

Farriel terdiam. Agak terkejut mendengar soalanku, mungkin.

"Tak. Aku tak beritahu dia lagi," terang Farriel.

Aku tersenyum sinis. Berkatalah benar, walaupun kebenaran itu pahit.

"Lambat-laun dia akan tau juga. Lebih baik kau beritahu dia dulu sebelum dia dapat tau dari mulut orang lain," usulku.

"Aku tak sanggup nak rosakkan mood dia tadi. Dan aku tak nak dia sedih. Kau tau kan, tak ada sorang pompuan pun dalam dunia ni gembira bila tengok pakwe dia kahwin dengan orang lain."

Dan tak ada seorang isteri pun dalam dunia ni yang sanggup tengok atau dengar suaminya ada pompuan lain di belakangnya, sambungku dalam hati. Hai la hati, tabah la. Jatuh cinta memang menyakitkan saat cinta tak berbalas. "Ooo… kalau itu kata kau, terpulang la!"

Aku bangun dari sofa. Sudah berkira-kira untuk masuk ke bilik.

"Sorry sebab susahkan kau selama ni. Sampai kau terpaksa kahwin dengan aku. Tapi rasanya ‘penderitaan’ kau akan berakhir tak lama lagi. Aku akan cuba propose Marina cepat-cepat. So that kau boleh bebas dengan hidup kau macam dulu."

Langkah terhenti. Automatik kepalaku berkalih ke arahnya. Sukar aku tentukan emosi dan riak wajah Farriel ketika ini. Apatah lagi dengan cahaya lampu yang samar-samar.
Farriel segera melarikan wajahnya.

Kalau dulu, sebelum rasa cinta ini menyelinap masuk ke dalam hati, mungkin aku akan bersorak kegembiraan mendengar kata-kata Farriel. Namun kini, kata-kata tersebut cuma mengundang kesedihan di hatiku. Kesedihan yang menghiris hati, yang menghancur lumat sekeping hati ini.

"Cuba bertahan untuk beberapa bulan lagi. Sebelum next year, aku akan pastikan hal kita selesai."

Farriel berlalu ke biliknya.

Setitis air mataku jatuh. Dan akhirnya aku teresak-esak di situ.

Mulai hari itu dan hari-hari seterusnya, Farriel balik lewat ke rumah. Paling awal pun pukul sebelas malam. Pulang jam dua atau tiga pagi sudah menjadi kebiasaan. Seawal pukul tujuh pagi, dia akan keluar dari rumah. Mungkin keluar bersarapan dengan Marina. Aku tak bertanya ke mana dia pergi kerana aku tiada hak untuk bertanya. Dan aku tak kuasa untuk bertanya kerana jawapan yang bakal kuterima tentunya terasa seperti mencurah cuka ke hati yang luka. Pasti dia menghabiskan masa bersama kekasih hatinya.

Rutinnya untuk menghantar aku ke kampus sudah ditamatkan sebaik sahaja Marina selamat menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. Aku tidak merungut kerana aku tahu siapa kedudukan aku dalam hatinya. Kalau aku rajin menopang kelopak mata, menunggu kepulangannya sehingga hampir dinihari, maka dapatlah aku menatap wajahnya buat meleraikan rasa rindu yang bermukim di hati. Walaupun sekadar melihat wajahnya sekilas pandang.

Wajah Farriel kulihat bertambah ceria dan berseri. Tidak sugul seperti ketika ditinggalkan oleh Marina dulu. Menyaksikan kegembiraannya, aku menjadi girang kerana Farriel sudah mendapat apa yang diidamkannya.

Namun, jauh di sudut hatiku, aku berasa sayu. Suka atau tidak, aku harus mengakui bahawa aku sudah jatuh cinta dengan suamiku sendiri. Walaupun aku sedaya upaya menafikan rasa hati ini.

Ya… memang itu bukan satu kesalahan. Dia suamiku. Dan aku isterinya. Apa yang menjadikannya satu kesalahan adalah perkahwinan kami adalah berdasarkan kontrak semata-mata. Dan aku tak sepatutnya menaruh apa-apa perasaan padanya memandangkan lambat-laun kami akan berpisah juga. Namun aku tetap berharap adanya keajaiban untuk kesudahan cerita hidupku ini.



"I betul-betul terkejut tengok perubahan you, darling. Siapa sangka dalam masa enam bulan, you boleh kurus macam ni! It’s really amazing! You ingat tak dulu, I suruh you diet, pergi gim tapi tak pernah work out. But now… I am really speechless!"

Farriel tersenyum mendengar pujian Marina. All credits should be given to Ad too. Kalau tak kerana usaha, bebelan, perlian, kata-kata sinis dan semangat yang diberikan, tak mungkin dia dapat bertahan untuk kurus sampai sekarang. Ad.…

Marina masih sibuk menilik dan mencuba satu per satu pakaian yang ada di butik kegemarannya. Sesekali dia akan bertanyakan pendapat Farriel.

Farriel sekadar tersenyum untuk mengambil hati Marina. Hakikatnya, dia sudah bosan menemani Marina yang sudah hampir empat jam bershopping. Entah kenapa dia mula membanding-bandingkan antara Marina dan Ad. Ad tak suka bershopping. Dia lebih suka berjalan, melihat dan membandingkan harga barangan di setiap kedai. Ad sentiasa menawar harga barangan yang diingininya, sekalipun barangan tersebut sudah diberi potongan harga.

"Ala, tokey! You letak harga RM60.00. Sana kedai saya pergi offer banyak murah. You ambik untung banyak sangat la. Kira cincai sudah la… RM30.00, boleh?"

Tokey kedai baju tepuk dahi. "Haiya… amoi! RM30.00 ka? You mau kasi potong saya punya kepala ka? Rugi la saya ini macam.…"

"You sudah banyak untung apa? RM30.00. Kalau tak, saya pergi lain kedai!"

"RM55.00."

"RM35.00."

"RM50.00."

"Ala… RM40.00 la!"

"Okey, last offer. RM45.00."

"Saya beli!"

Farriel senyum sendirian. Kelakar betul Ad masa tu. Boleh pulak dia bertekak dengan tokey kedai baju tu. Sampai naik malu aku dibuatnya. Ada ke dia main tawar-tawar harga kat shopping complex besar tu. Dia ingat Chow Kit ke apa?

Sepasang tangan melingkar di bahunya.

"Jauh mengelamun, sayang! Teringatkan orang yang dah ada depan mata ni ke?" bisik Marina menggoda di telinga Farriel.
Farriel bingkas bangun. Meleraikan pautan tangan Marina. "Dah habis shopping ke?"

Marina tunduk memandang beg-beg kertas berisi barang yang dibelinya. Dia membuat muka cute.

"Kita round tempat lain kejap, okey? I tak jumpa lagi baju untuk ke party Linda…."

"Okey," jawab Farriel malas. Beg-beg kertas dijinjingnya.

Marina memaut mesra lengan Farriel.

Boros betul Si Marina ni! Tak macam Ad. Ad kalau bab duit ni, berkira sikit. Ad. Balik-balik Ad yang diingatnya… Farriel tepuk dahi dengan tangannya kanannya.

"Are you okay, dear?" soal Marina cemas.

"Yeah!" Farriel senyum ala kadar. Actually, I’m not okay!


KELIBAT sepasang kekasih yang berjalan di kaki lima jalan, menarik perhatian Tengku Faris. Cermin tingkap kereta diturunkannya. Ingin melihat dengan lebih jelas pasangan yang sedang tertawa girang itu.

"Yusman!" panggil Tengku Faris.

Yusman yang berada di sebelah tempat pemandu, menoleh ke belakang. "Ya, Tengku."

"Saya nak kamu siasat perempuan yang jalan bersama Farriel tadi," arahnya.

Yusman memandang ke arah yang sama dengan Tengku Faris. Cuba menyimpan wajah tersebut di dalam kotak memorinya. "Baik, Tengku!"

Cermin tingkap dinaikkan sebelum menyambung arahan, "saya nak kamu siasat juga menantu saya, Adrianna Mayesa. I want to know everything about both of them."

"Baik, Tengku!"



"QHUZ, kau pernah jatuh cinta?"

Qhuz meletakkan akhbar di tangan ke atas meja. Memandang wajah Farriel dengan rasa berbaur. "Serius aje bunyinya ni...."

"Apa tanda-tanda atau sindrom bila kita cintakan seseorang tu?"

Qhuz ketawa. "Weih, Ril! Petang-petang macam ni tiba-tiba masuk romantic lane ni apehal? Makanan lunch tadi pun tak hadam lagi, kau tau tak? Jangan... nanti aku termuntah kat pejabat kau yang cantik ni karang, tak pasal aje…."

Gurau senda Qhuz dipandang sepi oleh Farriel. Hati dan fikirannya benar-benar bercelaru. Seingatnya, Marina adalah wanita yang dicintainya. Tapi mengapa Ad juga yang diingatinya bila bersama Marina? Mengapa kebosanan sentiasa bermukim di hatinya ketika dia menghabiskan masa-masanya bersama Marina? Mengapa dia tak pernah berasa bosan dengan Ad?

"Aku boleh jadi gila macam ni…" luah Farriel perlahan.

"Weih, kau ni kenapa sebenarnya? Cuba terus terang."

"Aku tak tau. Kau tau kan, aku cintakan Marina. Bila dia tinggalkan aku, memang aku frust, moody gila."

"Tapi tak sefrust dan semoody bila kau berpisah dengan Adry." Qhuz menyampuk.

Farriel pandang Qhuz. Masih tanpa perasaan untuk bertelagah dengan Qhuz. "Sekarang Marina dah balik. Dan kami cuba meluangkan sebanyak masa yang boleh. You know, to catch-up things that happen dalam masa enam bulan ni. Tapi yang peliknya, aku macam dah tak interested dengan dia. Aku rasa masa-masa yang aku habiskan dengan dia lama sangat. Aku pun dah mula bosan dengan perangai dan cakap-cakap dia yang selalu meninggi diri tu. Aku macam dah tak nampak apa-apa yang menarik pada Marina lagi."

Qhuz senyum. Terus sabar menanti Farriel menyudahkan ceritanya.

"And the worst thing is, I keep thinking of Ad. Mesti ada benda yang mengingatkan aku pada Ad. Aku agak otak aku ni ada masalah la. Tak pun, aku ni dah sewel!"
Meja di depan, diketuknya sekali. Tanda tak puas hati. Tanda ceritanya sudah berakhir.

"Aril, aku rasa kau ni sah-sah (tentu) dah jatuh cinta dengan Ad!"

"Apa? Aku? Jatuh cinta dengan Ad? Gila!" ungkap Farriel dengan mata buntangnya mendengar pendapat Qhuz.

"Ye la. Buat apa pun, ingat kat dia. Asyik ingat, ingat, ingat kat dia aje. Apa lagi kalau bukan jatuh cinta namanya."

"Tak mungkin la!"

"Kenapa tak?"

"Kau kenal, kan Ad tu macam mana orangnya. Kasar, garang, kadang-kadang macam kartun sikit… tak pandai bergaya… tapi okey la, dia tak selekeh… pemalas tapi kalau disuruh dia boleh jadi rajin… tak cantik sangat, tapi kadang-kadang nampak comel juga… kuat melawan tapi kadang-kadang lucu dengan cara dia tu. Entah la!"
Qhuz senyum lagi. "Tengok! Walaupun ada sifat dia yang kau tak suka, tapi kau tetap terima dia seadanya. Dan kau rasa senang, tenang, gembira bila ada dengan dia… betul?"

Farriel mengangguk. Memang itu yang dirasakannya. Dengan Marina, dia rasa sebaliknya. Dia sentiasa ingin menjadi seseorang yang boleh dibanggakan oleh Marina. Seseorang yang sesuai dengan Marina yang cantik, yang classy, yang stylish, yang high taste. Bila bersama Marina, dia seolah-olah menjadi insan lain.

Tapi bila bersama Ad, dia bebas menjadi dirinya yang sebenar. Dia boleh lepas laku, dia boleh berpakaian sesempoi mana yang dia mahu, dia boleh makan di mana sahaja yang dia suka. Pendek kata, dia relaks bila bersama Ad. Even dia tahan telinga mendengar kata-kata Ad yang adakalanya ‘pedas’. Kalau dulu, nenda atau mama membebel sikit aje, mula la dia panas punggung, berkelibut keluar dari rumah. Pelik…!

"Aril, mencintai tu bermaksud kau terima pasangan kau seadanya. Dan dia terima kau seadanya. Dia tak perlu berubah demi kau, dan kau tak perlu berubah demi dia."
Kenangan bersama Marina terimbas di mindanya. Dulu sebelum kurus, Marina melayannya secara acuh tak acuh saja. Nak keluar pun ke tempat-tempat yang orang tak ramai aje. Kadang-kadang dia merasakan yang Marina malu untuk berdamping dengannya. Apatah lagi nak memperkenalkan dirinya sebagai pakwe. Tapi sekarang, Marina seolah-olah bangga ‘menunjukkan’ dirinya kepada sesiapa sahaja. Marina lebih manja melayaninya berbanding dulu.

Ad… tak pernah berubah. Dari sebelum kahwin hingga la lepas kahwin, tetap sama layanannya. Dari dia gemuk hingga la dia muat baju saiz M. Tetap begitu layanannya. Kadang-kadang dingin. Kadang-kadang penuh emosi; marah, sinis, nakal, manja, kalut-kalut. Tanpa sedar, Farriel tersenyum sendirian.

"Jatuh cinta pada Ad. That doesn’t sound so bad. Berdasarkan apa yang kau cerita, aku rasa Ad tu pun bukannya teruk sangat. Even waktu sekolah dulu pun aku rasa dia tu budak baik. Kita aje yang rajin mengusik dia."

Farriel diam. Masih menimbang-nimbang rasa hatinya.

"Abis tu, Marina macam mana?" soalnya lurus.

Qhuz angkat bahu

"Kalau rasa larat, ambik dia jadi isteri kedua. Tapi kalau aku la jadi kau, aku akan tinggalkan Marina," sarannya.

"Sebab?" Pantas Farriel menyoal balas.

"Dia dah berkali-kali tinggalkan kau. Tak mustahil bila perkahwinan korang ada masalah nanti, dia akan tinggalkan kau macam tu aje," jelas Qhuz. Jari dipetik ketika mengucapkan ayat terakhirnya.

"Kau rasa, mungkin ke kita jatuh cinta dengan seseorang hanya kerana dia ada persamaan dengan orang yang pernah kita cintai sebelum ni?"

"Itu aku tak pasti. Yang aku pasti, tak ada sorang pun dalam dunia ni yang boleh menyerupai orang lain 100%. Setiap orang berbeza, bro!"

Farriel bersandar di kerusinya. Menyukat, mengukur, menimbang, merasa, mentafsirkan apa yang ada di dalam hati dan akalnya serta apa yang didengarinya sebentar tadi. Dan bila jawapan dah ditemuinya, dia bangun dan terus mencapai kunci kereta.

"Woi, kau nak pergi mana pulak tu?"



PEUGEOT 308 VTI kelabu berhenti betul-betul depan pintu pagar rumah. Entah kenapa, petang ni mudah benar aku menerima pelawaan Ihsan untuk dihantar pulang. Mungkin kerana hati aku yang tak tentu arah. Atau tak larat nak serabutkan lagi kepala yang sedia serabut dengan gelagat budak-budak fakulti aku yang sentiasa sibuk dan kecoh dengan itu ini.

"Awak nampak muram, tak ceria. Gloomy aje dua tiga hari ni," tegur Ihsan. Dia sudah relaks bersandar di tempat pemandu. Memerhatikan diriku. Cuba membaca apa tersirat di fikiranku yang berserabut.

Aku tersenyum. Menutup terus peluang Ihsan untuk terus ‘menyelongkar’ kotak fikiran, apatah lagi menyelami dasar hatiku.

"Marina dah balik Malaysia," luahku.

"Saya tau," ujar Ihsan bersahaja.

Aku terkejut. Wajah Ihsan aku pandang. Lama. Ada senyuman segaris di bibirnya. Bukan senyuman gembira. Bukan juga senyuman sinis atau mengejek. Senyuman sekadar untuk memaniskan muka.

"Macam mana awak tau?" soalku.

"Kebetulan saya ternampak dia a few days ago."

"Ohhh…." Keciknya dunia.

Seat belt aku tanggalkan. Sudah berkira-kira untuk keluar dari kereta mewah itu.

"Awak dengan Aril…."

Suara Ihsan melumpuhkan niatku. Aku kembali memandang Ihsan. Kening kuangkat. Menanti Ihsan menyudahkan ayatnya.

"Awak dengan Aril… korang tak ada terlibat dalam apa-apa perkara yang serius, kan?"

Melopong mulutku. Apa maksud pertanyaan Ihsan ni? "Maksud awak?"

"Ye la… since both of you cuma kahwin kontrak, so ada ke apa-apa yang serius jadi antara korang? You know… macam jatuh cinta ke… apa ke…."

Peristiwa yang berlaku di tengah padang kembali segar di ingatan. Mataku pejam rapat-rapat. Cuba mengusir kenangan tersebut. Senyum segaris kuukirkan buatnya "Terima kasih sebab sudi hantar saya."

Pintu kereta pantas kubuka. Enggan bersoal jawab dengan Ihsan lagi. Pintu pagar kubuka. Tiba-tiba tangan Ihsan ‘menangkap’ tanganku. Tergamam aku seketika.

"Adry… keluar dari ‘perkahwinan’ awak. Tinggalkan keluarga Tengku Faris. Tinggalkan Aril!"

Dan aku segera merentap tanganku darinya. "Ihsan, saya hormat pada awak. Tolong jangan buat sesuatu yang menghilangkan rasa hormat saya pada awak!"

"Aril cuma gunakan awak untuk menjaga maruahnya dan keluarganya di mata saudara-mara kami. Dia tak cintakan awak. Dia cintakan Marina. Sekarang Marina dah balik. Dan saya rasa, dah tiba masanya awak berhenti dari jadi ‘pembersih’ maruah Aril."

Aku diam. Menahan air mata yang mula bertakung di birai mata.

"Saya kenal benar dengan Aril. Dia setia pada cinta. Patuh pada janji-janjinya. Dia cintakan Marina. Dia dah berjanji untuk tunggu Marina dan kahwin dengannya. Depan saya, Marina sendiri cakap yang dia tak akan lepaskan Aril lagi kali ni."

Aku diam. Sedaya upaya menutup pendengaranku agar hatiku tak tercalar dek kata-kata Ihsan.

Mungkinkah selama ini Farriel hanya mempermainkan diriku? Sengaja berbaik denganku sehingga aku jatuh cinta padanya, kemudian mentertawakan aku atas kelemahan dan kebodohan diriku ini?

"Tengku Farriel Izumi tu sama aje macam papanya. Sanggup buat apa sahaja semata-mata nak capai apa yang dihajatkan. Awak cuma alat bagi mereka. Tinggalkan Aril sebelum dia buang awak macam sampah!"

Bahuku digoncang oleh Ihsan. Serta-merta empangan air mataku pecah.

Ihsan panik.

"Saya… saya… tak boleh…" ujarku dalam tangis. Pandanganku kabur dek air mata. Sukar untuk aku terangkan apa yang kurasa sekarang.

"Adry… jangan kata awak dah… awak dah jatuh cinta pada Aril?" soal Ihsan.

"Saya… dah mula sayangkan Farriel…."

Setakat itu sahaja yang mampu kuucapkan.

Di luar kawalanku, Ihsan mengesat pipiku yang dibasahi air mata dengan jari-jemarinya.

"Syyy… it’s okay…."

Ihsan cuba memujukku. Namun tangisanku ini sukar benar dihentikan. Apatah lagi setelah mendengar kata-kata Ihsan tadi.

"Syyy… your place is with me, Adry. Be with me. Stay with me. Saya akan layan awak lebih baik dari Aril. Coz I love you… I love you so much. Lebih dari apa yang boleh awak bayangkan."

Dan aku terkesima di situ.


STERENG kereta ditumbuk sekuat hati oleh Farriel. Melepaskan rasa berbaur di dalam diri. Rasa marah, geram, cemburu… semuanya bersatu.
Dari jarak lima ratus meter, cukup jelas di pandangannya drama sebabak lakonan Ad dan Ihsan. Hatinya terasa hangat membara.

Sebelum sempat tangan Ihsan melingkari tubuh Ad, enjin kereta yang diparkir di bahu jalan, dihidupkannya. Menderum bunyinya. Pusingan U dibuat. Dan dia terus memandu meninggalkan taman perumahan itu dengan 1001 rasa. Memandu selaju mungkin. Tanpa arah.

0 comments:

Post a Comment